Israel-Palestine, Bah. 3: Kegagalan Dunia Arab
M4A•एपिसोड होम
Manage episode 379278900 series 3308746
Kawah Buku द्वारा प्रदान की गई सामग्री. एपिसोड, ग्राफिक्स और पॉडकास्ट विवरण सहित सभी पॉडकास्ट सामग्री Kawah Buku या उनके पॉडकास्ट प्लेटफ़ॉर्म पार्टनर द्वारा सीधे अपलोड और प्रदान की जाती है। यदि आपको लगता है कि कोई आपकी अनुमति के बिना आपके कॉपीराइट किए गए कार्य का उपयोग कर रहा है, तो आप यहां बताई गई प्रक्रिया का पालन कर सकते हैं https://hi.player.fm/legal।
Dalam Siri Israel-Palestin (Bahagian II), kita telah mengungkapkan bagaimana idea Zionism digerakkan melalui kerja-buat yang tersusun menerusi strategi dalaman dan strategi luaran yang melibatkan penggunaan jaringan Zionist dengan sumber kuasa Imperialis pada waktu itu iaitu British. Dari dukungan kuasa imperialis British yang diperolehi menerusi pelbagai cara serta kelicikan dan kecekapan membaca politik semasa zaman itu dan kemunculan momen-momen sejarah yang dimanfaatkan oleh Zionist dengan strategik, negara penjajah Israel akhirnya berjaya ditubuhkan di tanah air Palestine pada tahun 1948. Bermula dari Nakba pertama pada 15 Mei 1948, malapetaka yang melanda bangsa Arab Palestine tak kunjung padam. Keempat-empat perang yang dilalui oleh mereka bermula dengan perang Arab-Israel 1947-1949, Perang Suez 1956, Perang Enam Hari 1967 dan akhirnya Perang Yom Kippur 1973 kesemuanya berakhir bukan saja dengan kekalahan tetapi juga wilayah tanah air mereka semakin mengecil. Jutaan warga Arab Palestin, Muslim dan Kristian hilang tempat tinggal dan menjadi pelarian di serata dunia. Malapetaka atau Nakba yang dialami oleh bangsa Arab Palestin ini tidak lari daripada kelemahan dan kegagalan negara-negara Arab sendiri yang sepatutnya menjadi benteng pelindung tapi akhirnya gagal untuk mempertahankan tanah air Palestin. Apa punca dan sebab-musabab kegagalan dunia Arab? Bahagian III akan cuba meracik dari sudut sejarah, sosiologi dan politik dunia Arab dalam rangka untuk kita memahami kegagalan mereka dan pada masa yang sama cuba untuk merembah jalan yang lebih cerah buat masa depan bangsa Arab Palestin. Rakaman ini dibuat pada 21 Jun 2021, sewaktu kemuncaknya pergelutan di Palestine pada tahun tersebut.
…
continue reading
55 एपिसोडस